Ahad, Mac 14, 2010

Pengertian Cinta

Apakah itu cinta
jawapan : Cinta tu adalah gabungan huruf C + I + N + T + A
:p
bukan itu jawapn rasionalnya..
tapi jawapn tu salah ka..
sapa ckap salah..
ada gak benarnya tu

Bagiku :
Cinta itu adalh sesuatu yg abstrak yg tak boleh digambarkn dengan hnya kata2..Ada yg ibaratkn seluas lautan, setinggi gunung n sedalam jurang..
Tapi kefahamn tentang cinta itu adalh berbeza di antra satu sama lain.
Maka respon pada cinta juga berbeza2..
Tetapi realitinya, kita cuma perlu masa sehari utk jatuh cinta tetapi memerlukan seumur hidup tuk melupakan cinta.

Saat kita jatuh cinta, terasa diri di awang-awangan,
hati sering merindu bertnyakan tentang sidia.
tapi adakah sidia seperti kita,bernasibbaik kah kita dapat peratus yg sama dicintai seperti kita mnyintai sidia? Hargailah setiap ketika bersama sidia, kerana di saat hilangnya cinta, hanya penyesalan dan kekecewaan yg menguasai diri.

Dalam cinta, biasanya akan selalu melengkapkan, menerima segala kekurangan,memperbaiki segala kelemahan dan berkongsi segala kelebihan.
Yang menjadi keutamaan adalah keinginan melihat sidia gembira dan bahagia sepanjang masa. Cinta juga perlu dihiasi dengan senda gurau, rajuk manja dan hiba tawa supaya cinta itu lebih terasa bermakna dan dihargai selalu.
Cinta itu juga penuh dengan harapan dan perancangan. Sentiasalah berpandangan positif, cubalah memahami pasangan anda janganlah melukakan hatinya. Nikmatilah cinta anda, semoga berbahagia selamanya...

Tidak lupa, cinta itu tidak semestinya bersatu ... so hargailah tiap detik anda bersama sidia. Sekiranya sudah ditakdirkan cinta anda tidak berjaya akhirnya sekurang-kurangnya anda sudah berusaha sebaiknya, janganlah diakhiri dengan kebencian...


Ada cinta,
Sha-Ina

1 ulasan:

  1. Cinta..Susah bila berbicara tentang cinta.. Cinta tak semestinya terhad kepada kekasih tetapi cinta yang hakiki adalah milik Allah s.w.t. Allah juga yg mengurniakan perasaan cinta kita kepada insan lain..

    Bercinta itu sememangnya mudah, untuk dicintai itu juga mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh..

    Ingatlah bahawa cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

    BalasPadam