Selasa, November 25, 2008

Nyanyian Rindu Buat Kekasih

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian
***
Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan
kau merana
***
Aku cinta kepadamu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu padaku
Sejujur niatku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dariku
***
Kunyanyikan lagu rindu
Buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Puisi kita...
Ku ingin kau di sampingku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh! Kekasih... dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati
jatuh cinta.....

Kawan Sahabat

Kawan,
Amat mudah dapat kawan,
Perlu masa nak jadi sahabat,
Sungguh senang putus kawan,
Tapi susah nak lupakan sahabat..

Apa beza kawan dgn shabat bagi anda?
Bagi saya, semua org boleh jadi kawan kita,

Tapi bukan semua boleh jadi sahabat kita.....

Kawan adalah kenalan yang kita kenali cukup hanya dengan namanya diketahui...
Sahabat pula, adalah kenalan yang namaya memang sentiasa di hati..

Kita ramai kawan, tambahan lagi sejak join dunia maya ni..
Tp bukan semua kawan kita anggap sebagai sahabat atau kawan baik kita... Nk jadi kawan kita, tak susah, tapi bukan senang kawan nak jadi sahabat kita... Betul tak?

Yang paling sedih, mmg senang nak hilang kawan, kadang2 pasal problem yg tak masuk akal pun ada... Pelik lah manusia ni... Bila kita sayang kat dia, senang2 dia nak lukakan kita?

Kau tak kisah tak jadi kawan aku, Tapi aku mmg masalah sebab hilang kau sebagai kawan... Pasal aku bila dah sayangkan org, mmg susah nak lupakan dia... Tiba2 kau anggap aku musuh? Apa salah aku? Perselisihan faham boleh kita selesaikan cara baik, bukan dengan terus bermasam muka. Kau luahkan ketidakpuasan hati kau pada aku dengan kata2 yg kesat... Sungguh kau tak peduli perasaan aku macammana?

Biarlah kau nak buang aku sebagai kawan, aku tetap mengenang kau sebagai sahabat..

Salam sayang dariku,
jika kau baca warkah ini...

Isnin, November 24, 2008

Pelangi Cinta.....

Saat cinta itu milik kita,
Terasa sangat bahagia....
Ketika cinta itu pergi,
Derita hati tak tertahan lagi....
Hati merindu pada yg menjauh
Kecewa jiwa pada cinta yg rapuh...
***
Tika bersendirian,
Pesananmu menjadi peneman,
Airmata menjadi penawar
Memujuk hati yg semakin hambar...
Terkenang saat kita bersama,
Segala rajukmu dan belaian mesra,
Suka duka mainan jiwa,
Mengusik lagi hati yg luka.....
***
Pernah dulu cinta berlayar,
Tapi badai datang menghempas,
Dalam kelam aku tersungkur
Gelora perasaan dilanda ribut
Tapi kini saat pasti adanya cinta,
Ianya diragut tanpa rela
Gelisah rindu mnahan tangis,
Cinta yg suram beban menghiris....
***
Pergilah sayang, jangan berpaling
Tidak sayang, peganglah janji
Hati keliru menahan rasa
Adakah lagi sinar buat kita
Ternyata Cintamu ibarat pelangi
Mewarna duniaku ketika gerimis,
Menghiasi indah seketika cuma
Tapi saat pelangi menghilang pergi
tanpaku sedar tertanya bilakan kembali
Meninggalkan diriku kecewa sepi,
lara jiwa hati menangis...
***
Sesungguhnya kau insan misteri,
Tak daya kau utkku miliki,
Biarpun hati sama merindu,
tpi kau ternyata bukan untukku....

Khamis, November 20, 2008

Misteri: Teknologi Zaman Kuno

Oleh Nasron Sira Rahim

ANDA menyangka zaman purba adalah zaman yang mundur? Jika itu tanggapan anda mengenai zaman silam yang wujud ratusan, ribuan atau jutaan tahun lalu, fikir kembali.Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman sekarang!Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.Akan tetapi, artifak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi. Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:

Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu.Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta. Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831. Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.

Kalkulator kuno.
ada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Kenderaan Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu.Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui.

Rabu, November 19, 2008

NIBIRU


Korang pernah dengar pasal Nibiru tak?



Gi lah laman web ni, ( Open in New Window )....
http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=53030
Aku start topik ni kat Forum Putera.com, korg tgklah kalau nak tahu lebih lanjut....
( Dulu aku sgt aktif giler Forum Putera ni, pas tu ada sorg kawan ajak aku join game online, terus aku terjatuh cinta ......., dan jarang dah jenguk ke sana )


APA ITU NIBIRU?
- dikatakan adalah planet ke12 slps Pluto
- juga dikenali sbagai “Planet X”


MENGENAI NIBIRU
- Tamadun2 awal percaya ada satu planet misteri yg melintasi bumi, selang beribu-beribu tahun.
- Tamadun sumeria menamai planet ini sebagai planet NIBIRU. Tamadun sumeria (3400 BC) sudah mengetahui akan sistem suria yg ada pada kita sekarang, iaitu bumi adalah sebuah objek bulat yg mengelilingi matahari bersama2 dgn 10 bintang yg lain iaitu bulan, utarid, zuharah, marikh, musytari, zuhal, uranus, neptune, pluto dan yg terakhir sekali nibiru.

- Tamadun egypt pula memanggilnya dgn nama " PLANET BERJUTA TAHUN".
- Tamadun babylon pula menamakannya sebagai MARDUK, mengikut nama tuhan mereka.

- Catatan tamadun2 awal seperti tamadun sumeria menyatakan tempoh masa planet nibiru melintasi bumi utk mengelilingi matahari adalah pada setiap 3600 tahun, setengah pula adalah 10,500 tahun. agama hindu percaya tuhan2 mereka turun ke bumi dalam tahun keramat iaitu 432,000 BC

- Tamadun maya telah mencipta sebuah kalendar astrologi. ia adalah 5000 tahun calendar, di mana masanya akan berakhir pada dec 22, 2012 AD. ramai percaya ia adalah tarikh hari kiamat, iaitu hari turunnya malapetaka besar kpd manusia dan juga hidupan lain di bumi.


FAKTA NIBIRU (atau andaian?)
- Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi.
- Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053?
- Tahun 2012 mungkin merupakan detik di mana planet nibiru akan kembali melintasi lingkaran atau orbit bumi.
- Ada yang mengatakan planet ini 2 kali ganda lebih besar berbanding bumi. berdasarkan saiz ia pasti mempunyai jirim yang lebih besar dan kemungkinan mempunyai medan megnatik yang juga begitu besar. bulan yang suku saiznya dari bumi juga mampu untuk mempengaruhi keadaan pasang surut air laut inikan pula sebuah planet yang mempunyai saiz yang lebih besar dari bumi.


KESAN NIBIRU
- Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.

- Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.

- Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.

- Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.

- Satu perkara yang menarik untuk difikirkan samada planet ini benar-benar wujud ialah mengenai dakwaan bahawa kerana planet ini menghampiri bumi maka akan berlaku beberapa perubahan cuaca yang merubah ekosistemnya. dikaitkan juga dengan banjir besar dan pemecahan glasier yang menyebabkan kawasan tanah rendah dibanjiri oleh air laut.


Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia?

ntah la.. mcm2 theory ada, ada pulak yg kata planet nibiru langsung tak wujud, ianya besar kemungkinan hanya satu propanganda.. Wallahu'alam.



PELIK

Pernah tak korg alami apa yg aku alami?

Aku kan kalu cakap pasal ni, mesti ada satu rasa pelik menyelinap dalam badan....... Rasa seram sejuk, dan tak pasal2 airmata aku bertakung...
pelik tul....

Kekadang kan, aku rasa apa yg aku alami hari ni, aku dah pernah lalui sebelum ni...... Macam mana nak cakap ya, macam pernah termimpi
sebelum ia terjadi... Tak tahu lah samada ia betul aku mimpi, atau bukan mimpi, tapi ia melibatkan pristiwa2 besar dalam hidup aku....

Contoh, bila terjadi sesuatu musibah ke atas diri aku, sejenak aku tersedar, "eh, macam aku dah lalui benda ni, lepas ni mesti jadi gini, lepas ni gini, gini......" . Yg pelik nya apa yag aku rasa akan jadi tu, betul2 akan jadi.... Apa kita nak panggil situasi ni, gerak rasa ? Tapi ni bukan tipu tau.. Betul ni.. Aku cuma nak tanya korg ada tak alami apa yg aku alami ni? Adakah ia normal? atau aku ni sbenarnya pelik sikit dari org?

Aku siap pesan lagi, kalau jadi gini, jangan buat gitu, nanti jadi gini....
kalau buat cam lain ,mesti tak jadi gitu... Hehehhe... mesti korg tak paham apa maksud aku..Eh, aku bukan gila lah.. aku waras lagi..
Suka2 je kata aku gila.. huhuhuhuhuhu...

Kejadian tu kan aku rasa kejadian yg berulang yg aku lalui buat kali kedua... Cuma aku tak tahu camna nak kawal, tapi aku tahu apa yg jadi lepas tu, Sebaik saja ia dah terjadi...

Macam kjadian yg brlaku kat aku baru ni....
Aku rasa macam dah pesan pada diri aku, cammana pun aku jangan balik duduk kat kampung, nanti akan jadi satu peristiwa yang dashyat dalam hidup aku... Tapi sebab tak boleh elak dari situasi yg mnekan aku, memaksa aku buat keputusan; aku balik jugak duduk kat kampung.... dan betul aku alami peristiwa tu... Bila dah lalui, baru aku tersedar, macam dah lalui benda ni....

Tapi tetap tak leh elak gak akibat dari peristiwa tu terpaksa gak aku lalui...

Selasa, November 18, 2008

Kekasih Gelapku

Ku mencintai mu,
lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintai mu,
sedalam-dalam hati ku
Meskipun engkau hanya,
kekasih gelap ku

Yakinlah bahwa engkau adalah cinta ku,
yang ku cari s’lama ini,
dalam hidup ku
Dan hanya pada mu ku berikan sisa cinta ku,
yang panjang dalam hidup ku…

Ku mencintai mu,
sedalam-dalam hati ku
Meskipun kau hanya,
kekasih gelap ku~

Lagu Kita


Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan
rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan
rinduku padanya
Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Siapa Di Hatimu

Terasa bagai ditusuk sembilu bisa
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri
Oh mengapa...
*
Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Ke mana tumpah selaut harum kasturi
Apakah mungkin kan terulang kembali
Asyiknya cinta bagai dulu
Atau serapuhnya mimpi
Yang pulang pagi...
*
Semakin ingin aku lupakan
Dan semakin bayang wajahmu kan menjelma
Di manakah puncanya derita
Kusendiri tidak pasti.. sayang...
Siapa merebut seri cinta
Waktu aku buka jendela
Di keheningan pagi indah
Siapa sejambak mawar merah
Harum di kamar hatimu
Hingga diriku disingkirkan
*
Redup senja di kaki malam
Menghilangkan warna ilalang
Dan cinta kini bagaikan
Perkasihan mimpi...

Isnin, November 17, 2008

PERIHAL WANITA



Luahan hati Sahabat aku lagi....


Dalam kemelut rumahtangga,
Tanpa duga, aku telah jatuh cinta......
Kurasakan kali ini nyata berbeza sekali.....

Mulanya aku dan dia hanya berkawan,
saling berteman dan membantu,
Setiap kali aku ada, dia pasti ada...
Bila dia tiada, aku sering merindu....
Biarpun tidak kukenali peribadinya,
Namun personalitinya telah menawan hatiku...

Biasalah pabila berkawan, banyak yg dikongsi...
aku banyak berkongsi masalah aku dgn dia..
Tapi ternyata dia insan misteri....
Aku banyak bercerita tentangku,
Tetapi dia terlalu berahsia tentang dirinya...
dan itu yg mencuit hatiku,
Makin dia sorok , makin aku nak tahu...
Akhirnya dia bercerita tntg sejarah hidupnya..
bagaimana dia mengkagumi seorg wanita,
betapa dia menyayangi wanita itu,
kemudian bagaimana dia berjaya menawan hatinya,
kemudian bercinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga
bersama cinta hatinya itu...
Aku pula kagum dgn perasaannya,
Jarang benar lelaki yg begini sifatnya,
Selalunya mereka akan merahsia kehidupan mereka sebolehnya,
Tapi tidak diri dia,
Terlihat sinar cinta yang indah buat isterinya,
Alangkah indahnya jika aku dicintai seperti itu..
Bermula dari situlah aku jatuh hati padanya..
Aku mengkagumi cintanya terhadp
isterinya yg tersayang....
Sepanjang aku mgenali dirinya,
Belum pernah sekali dia mmburukkan isterinya itu..
Bertambah lagi kagumku kepada dirinya...

Kurasakan dia insan teristimewa,
yg sering kurindui hadirnya mnemani,
Apabila dia tiada di sisi,
Aku gelisah mnantinya,
Gelora rindu makin mghukum,
Aku sedar aku telah jatuh hati,
Ingin ku pastikan hatinya padaku,
Kekadang kurasakan dia punya rasa yg sama,
Kekadang aku merasakan ia hanyalah perasaan ku saja..

Akhirnya prasaanku terjawab sudah,
Dia juga merasakan yg sama,
turut merindui dan mengasihi diriku..
Oh kurasakan bahagia seketika
Bila kasihku padanya terjawab sudah,
Getar yg dirasakannya sama
Kami terus menganyam rindu,
menganggankan suatu hari akan besatu..

Dia sentiasa bertemankan masalahku,
Sentiasa memberikan semanagt dan sokongan
utk aku tabah mnghadapi dugaan,
Betapa khadirannya sanagt bererti pada diriku,
Tiba2, tanpa diduga,
kebahagian seketika yg kami rasai,
diragut oleh pedihnya hati org lain....
Mgapa tidak cuba memahami
Bahawa kami saling mengasihi?
jangan pinta aku melupakan dirinya,
Dia sangat bermakna dalam hidupku...

Mengapa Tuhan takdirkan, dia yg ku cintai?
Sungguh aneh dugaan Tuhan....

Bagaimana mungkin mmiliki dirinya ?
bagaimana dapat ditahan, rindu yg datang bertandang?
Jangan rampas dia dariku,
Aku hanya ingin menumpang kasihnya,
Tapi hati wanita ini sudah terluka,
Pedih hatinya tidak tertanggung lagi..
Sebolehnya, aku tidak mahu melukakan kamu,
Cubalah fahami kasih kami,
Hadirnya aku dalam hidupnya,
Tidak akn mengurangkan kasihnya pada dirimu...
Cubalah kau letakkan dirimu
dalam situasi ku, bagaimana harus ditepis rasa ini?
Yang makin hebat menyeksa diri?


Jangan dipaksa dia buat pilihan,
Aku tak sanggup untuk dia memilih antara kita
Biarlah dia tetap ada kamu disisinya
dan aku juga,
Ruang hatinya terlalu luas utk kita,
tanamkanlah keyakinan pada dirimu,
Bahawa bukan aku berniat merampasmu darinya,
Aku hanya ingin menumpang kasihnya..
Susahnya ku pujuk hati yang terluka..
Kau bukan sahaja menyeksa hatiku,
juga menyeksa org yg kau sayangi..
Tiada salahnya hubungan kami,
Cubalah wanita, cubalah mengerti..
Pandanglah yang baik juga pada
perkara yang kau rasakan buruk,
Usah dinafikan yg telah ditentukan Tuhan...
Kita hanya menumpang di dunia ini,
Semua yg ada adalah milikNya,
Bukan hak kita utk menahan takdirnya,
Terimalah seadanya, biarpun ianya pahit bagimu,
Kelak ianya manis juga,
ganjaran yang kau dapat,
Bukan pada dunia, tapi di akhirat juga..

Duhai wanita,
Cubalah memahami soal hati,
bukan boleh dipaksa,
Aku tak peduli kata2 pedih yang kau lemparkan padaku,
Tuduhan2 yang kau lepaskan pada ku,
Sesungguhnya aku ikhlas menyayanginya,
Bukan hartanya yang ingin kukikis,
Bukan sayangmu yang ingin kurampas,
Aku hanya ingin hidup bersamanya..
Kau bertanya kalau aku di tempat mu
apa yang aku kan lakukan?
Demi Tuhan, aku akn menerima

Jika dia mampu dan boleh berlaku adil,
Dan aku pinta ko berada di tempat ku pula?
Bagaimana rasanya?

Cuba fikirkan dari mana datangnya rasa ini?
Bukankah dari Tuhan juga?
Dan bukankah ia sesuatu yg halal buat kami?
Dan bukankah ia sudah menjadi ketentuan Tuhan?

Kau melarang kami saling berhubungan,
tahukah olehmu kami tetap akan saling mengingati?
Cuba kau selami hati kami seketika,
Bagaimana rasanya menangung segala?
Siapa pun di antara kami
tidak berniat melukakan kamu,
tidak bermaksud menyakitimu,
Cubalah mengerti..
Perasaan hati yg saling ikhlas mengasihi.....
Bukan aku tak cuba utk melupakan dirinya,
Sudah berkali aku lakukan,
Tapi tetap tidak berdaya
kami saling merindui....
Itu sudah ternyata pasti..

Maafkan aku , wanita..
Melukakan mu sedemikian rupa,
Renungkanlah sejenak hasrat hatiku
Jika kau boleh menerimanya dengan baik,
Bukan sahaja hatimu akan tenang,
Kau juga dapat membahagiakan org yg kau sayang..
Usah difikirkan sakit hatimu dikhianati,
Jangan menambahkan duka sendiri,
Bukalah pintu hatimu
Pada hasrat hati kami ini
Kami sudah saling menyayangi,
Moga diizinkan kasih kami termatri...

Kasih kami terlarang
Kerana kau tidak mahu menerima,
Aku terima keputusan mu,
Tapi dia tetap berada dalam hatiku,
Takkan kau dapat menyingkir dia dari hatiku,
Aku akan sabar menanti selagi dayaku...
Agar suatu hari kasih kami dapat diabadikan,
Dengan restumu wanita,
Pandanglah dengan mata hati,
Terimalah kami saling menyayangi,
Sentiasa merindui
Dan menanti penuh harapan
Semoga kau dapat menerima kami,
Sebahagian dari kehidupanmu,
Kita mencari bahagia abadi,
Bukan bahagia dunia yg dinanti,
Tapi keindahan akhirat yg abadi..

Nukilan rasa dari hatiku.....
Maafkan aku kerana kau terluka parah,
Tanyalah hatimu,
Renungkan sejenak,
Cinta itu sesuatu yg suci,
Manusia yg selalu salah menafsirkannya....


Itulah luahan hati sahabatku,
Yang terperangkap dalam cinta terlarang...
Macam2 dunia ni...
Aduh, aku pun tak paham...

SAHABATKU






KELUARGAKU



















Rakan2 LPU MARA

Salam Sejahtera semuanya......
Sori, "curi" gambar korg letak di sini....
Harap ada yg "bengang" dan sudi contact aku.....

Hubungi aku...



Mana kalian?

Harap dapat hubungi aku....

Rindu giler.....

Cinta itu Kejam

Ni pasal aku.....

Cinta tu kejam....
Cuma perlu sesaat utk jatuh cinta,
tapi perlu masa yang lama utk lupakan cinta...

Dia datang tanpa undang,
dan pergi tanpa rela....
Pedihnya hati hilangnya cinta,
Bagai hati tertusuk sembilu....

Saat cinta milik kita,
Terasa amat bahagianya hidup...
Saat hilangnya cinta,
Terasa hidup tak ada makna...

Derita cinta tak dapat dirawat,
akan sentiasa mghimpit kita....
Rindu pula tak dapat diubat,
akan selalu mendera diri....

Di saat harapan mggunung tinggi,
Tiba2 impian terkubur sudah.....
Mengapa terlalu kejam realiti,
Bilalah akan kukecapi bahagia abadi?....

Terima kasih kerana myinari hidupku..
Walaupun sebentar cuma,
ia cukup mmberikan makna,
walau pun akhirnya mbawa derita juga....

Cinta itu Buta

Lagi Kisah Sahabatku...

Cinta sahabatku pada suaminya sudah terkubur...
Adanya dia di sisi suaminya hanyalah sebagai sahabat yang menemankan sahabat lain yg dalam kesusahan.... Suaminya tidak dapat menerima kenyataan bahawa sahabatku ini ingin meminta kata putus... Terusan dipujuk isterinya, tapi kali ini hati sahabatku telah hancur, dia langsung tidak dapat menerima kembali suaminya itu... bukan kerana hatinya sudah terpaut yang lain, tetapi hatinya sudah tiada tempat untuk suaminya itu..... Hatinya telah hancur luluh, perasaannya telah mati, jiwanya telah kosong dan cintanya telah pergi......

Sudah termetri kasihnya pada lelaki siber itu.... Baru mewarnai cinta baru, bahana lain datang lagi....Suaminya tetap dengan keputusan tidak mahu melepaskannya... Aduh, beratnya dosa yang ditanggung.......... Rasanya sudah tak tercium bau syurga buat sahabatku itu.... Kata suaminya " Biar putih tulang, jangan putih mata...." maknanya sahabatku itu akan digantung tidak bertali...... Sedangkan perasaan nya pada lelaki siber itu sudah tidak dapat ditahan lagi.... sudah harum mekar subur di hati... Apatah lagi apabila dia juga meluahkan rasa yang sama.....
Adakah akan ada sinar bahagia menanti...?

Saat Hilangnya Cinta

Matahariku

Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.


Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.


Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.


KISAH SEORANG SAHABAT...

Sahabatku ini adalah seorang yang seumur hidupnya amat kukenali....

Kini sedang menanggung derita cinta yang penuh misteri..

Mendengarkan lagu Matahariku memilukan hatinya...

Dia pasrah dengan dugaan Tuhan yg tak henti melanda hidupnya...


Sahabatku ini seorang yg sangat setia pada cinta,saat hadirnya lelaki ini adalah ketika dia kecewa dengan teman sepersekolahan,maka apabila saat lelaki ini melafazkan cinta,akibat kekecewaan yg dirasakan sebelumnya,tanpa berfikir panjang dia terus menerima lamaran hati lelaki ini...

Baginya lebih mudah disayangi oleh orang daripada kita menyayangi orang yang tak tentu mengasihi kita...

Maka bermulalah episod cinta yang akhirnya menjadi sejarah yg tak terlupakan...

Biasalah bila cinta sudah menguasai diri, keburukan pasangan akan ditolak tepi...Walaupun ramai sahabat yg menasihatkan utk berfikir semula, tetapi sahabatku ini ternyata degil utk menurut kata hati.... Bahana cinta terus dihadapi... Walaupun Lelaki ini banyak melukakan hatinya, nampaknya dia terus memaafkan krana sayangnya dia kepada lelaki ini.. Nasihat orang langsung tidak dipedulikan... Dia lebih senang hidup dalam dunianya sendiri. baginya dunianya hanya ada dia dan lelaki itu...

Masa terus berlalu tanpa menoleh lagi... Segalanya berlaku dengan pantas tanpa sempat kita mengejar... Bagai dikejutkan dari mimpi, sahabatku ini menghadapi dugaan yang paling hebat dalam hidupnya.... Lalaki itu yang hampir 9 tahun dikahwini telah menamatkan episod cinta mereka dalam peristiwa yang paling tragis... Suaminya telah ditahan polis atas tuduhan XXX... Bagai hallilintar memanah jantungnya ketika mendengar berita ini... Tetapi sebagai seorang isteri, dia masih terfikir lagi utk terus berada disisi suaminya.., memberikan sokongan sebagai seorang sahabat kepada lelaki yg menghancurkan hatinya...tah aku pun tak paham perempuan ini bagaimana jiwanya....

Dalam keterpaksaan, sahabatku ini mengharungi hidup dalam kepiluan hati... Berbagai dugaan yg telah dihadapi sepanjang mengenali lelaki ini.... Adakah dia akn mampu terus berdiri di sampingnya?

Krisis rumahtangga sahabat aku ini bermula awal bulan Ogos yang lalu.... Pertengkaran mulut antara dia dan suaminya telah mengakibatakan pergaduhan besar antara keduanya.... Lelaki ini yang telah berjanji tidak akan menggangkat tangan pada isterinya lagi, kali ini telah menyakiti isterinya tanpa belas kasihan akibat menurut hasutan syaitan yang menguasai diri yang sedang marah.... Isterinya telah dipukul dengan batang penyapu rotan hingga memaksa ayah sahabatku ini masuk campur... maka disinlah bermulanya saat berakhirnya cinta sahabatku ini pada lelaki ini....

Keesokannya lelaki ini telah pulang ke kampungnya... Isterinya pula 3 hari tak dapat bangun dari tilam... Luka akibat pukulan masih bisa menguasai diri... melihatkan tangan yang berdarah, menambahkan lagi luka hatinya.... sahabatku ini pula cuba memenuhkan hidupnya dengan pelbagai aktiviti dalam dunia siber... akhirnya dia telah terjebak dalam dunia Siber... Di sini dia telah dapat membuatkan dirinya sibuk dan melupakan apa yang telah berlaku antara dia dan suaminya... Hampir 24 jam dia mengadap dunia Siber... Di sini dia telah mengenali seorang lelaki lain yang telah mengusik hatinya... Mereka berkawan rapat dan sahabatku ini dapat merasakan sesuatu yg lain dan istimewa pada lelaki itu... Hidupnya nyata lebih bererti dan ceria jika dapat berdampingan dengan lelaki itu... Sahabatku ini telah jatuh hati pada lelaki siber ini yg sentiasa setia menjadi teman penghibur hati yang duka.... Dia telah sekali lagi menempuh bahana cinta yang penuh misteri... Akibat kecewanya pada suami, telah memutikkan perasaan yang istimewa pada lelaki siber ini.. Dia ternyata tidak dapat lagi membendung perasaannya lantas sering merisik hati lelaki siber ini. Sahabat aku ini tertarik pada lelaki ini kerana keagungan cintanya kepada isterinya... Dia mula tersentuh, alangkah bahagianya isterinya itu mendapat cinta seagung ini... Ada nada harapan agar dia dapat dikasihi seperti itu.... Tapi dia hanya mampu bermimpi......

Hampir seminggu suaminya pulang ke kampung, akhirnya dia telah dihubungi... Seminggu berikutnya, mereka telah berbaik, walaupun hati sahabatku ini masih sakit... Tak lama lagi, sahabatku ini akan menyambut hari jadinya.. Besar harapan dia ingin menyambutnya dengan orang yang tersayang.... Sahabatku ini telah membelikan tiket bas beserta sedikit duit utk suaminya pulang sehari sebelum harijadinya... Sahabatku ini telah bertekad untuk menjernihkan hubungan dia dan suaminya dgn membayangkan keindahan cinta lelaki siber ini pada isterinya dapat dimiliki bersama dia dan suaminya juga.... Tetapi suaminya tidak pulang bagai yang telah dirancang.... katanya ada urusan yg belum selesai di sana..... Hampir dua bulan sahabatku telah ditinggalkan dan sahabatku ini terus sibuk dengan dunia sibernya.... Rasa istimewa pada lelaki itu tak dapat disorok lagi... Hampir setiap masa dia menunggu lelaki itu online... Tapi lelaki ini banyak menyakitkan hatinya.... Apa yang nak diharap pada dia tapi impian itu tetap ada..... Sahabatku ini telah dikuasai cinta siber..... Memang mudah hatinya terusik kerana kecewanya dia pada suaminya... Terpulang pada org yg menilai, tapi dia yang menangung....

Seminggu sebelum raya, suaminya pulang..... Hubungan mereka dingin akibat sahabatku ini masih berkecil hati dengan perbuatan suaminya terdahulu... Aktiviti siber terhad sedikit akibat tanggungjawabnya sebagai isteri... Kewajipannya tetap berjalan seperti biasa.... Suaminya bersuara ingin balik kampung lagi, kali ini, sahabatku langsung tidak menahan... Kalau ditahan, nanti suaminya akan menyimpan dendam dan akhirnya memberontak...Bimbang peristiwa pukul terjadi lagi akibat baran suaminya, sahabatku menurut... Kepemergian suaminya kali ini menyebabkan sahabatku kembali rancak dengan dunia siber, tentulah lelaki siber itu tempat dia mencurahkan masalah hidup yg dihadapinya.... Terdetik seketika lelaki itu juga mempunyai prasaan yg sama, tetapi bila ditanya, lelaki itu terusan mengelak dan mgambil masa rajuk berhari2... jadi sahabatku ini yakin sekali lelaki siber itu hanya mengganggapnya teman siber dan tak lebih dari itu... Apa yang berlaku antara mereka hanyalah episod2 dunia siber... Sahabatku ini akur, walaupun amat perit dirasakannya....

Sahabatku tidak menerima panggilan telefon dari suaminya sudah 3 malam.... tiba2 pagi k4 dia dikejutkan berita suaminya ditahan di lokap... Mendengarkan sebabnya, hancur luluh hati sahabatku ini... Esoknya dia bertolak ke kampung suaminya dgn perasaan kekecewaan yang amat sangat... Ibu mertuanya memujuk utk menjenguk suaminya, sahabat ku mnolak, tapi akhirnya pergi juga... Sebaik sahaja melangkah ke balai polis, hatinya menjadi sebak, tak sedar airmata tidak berhenti mengalir... Saat suaminya dibawa berjumpa mereka, sahabatku hanya berdiri dari jauh bersandarkan dinding.... rasanya mahu rebah ketika itu juga... Puas dipujuk, baru sahabatku mahu datang dekat, airmata tidak tertahan lagi...Betapa org yg sangat disayanginya sanggup melukakan hatinya seperti itu... Aduh, kejamnya dunia.... Suaminya meminta maaf, sedikit tidak terdetik dalam hati sahabatku utk bersuara.... Akhirnya, pelbagai usaha telah dilakukan utk membebaskan suaminya keluar, tapi tiada yang berhasil...

Di saat ketika itu, hati sahabatku ini mudah tersentuh... Sahabatku ini tidak dapat berfikir rasional lagi..Otaknya serabut dengan masalah... Kecewa dengan suami, frust dgn sahabat siber yg dirasakan tidak lagi dpedulikan... Tiba2 shabatku ini mgambil keputusan ntuk bjumpa kawannya di KL.. Tanpa berfikir panjang, dia telah pergi ke KL... tapi kawannya itu tidak dapat dihubungi.... Silap dia juga, ingat nak buat surprise pada kawannya, tapi dia sendiri yg surprised.... Semenjak sahabat siber menyepikan diri, sepanjang perjalanan ke kampung suaminya, ada rakan siber lain yg mngambil berat pada sahabatku ini.... Apabila sahabatku ini hilang arah tuju semasa di KL, kawan siber datang menghulurkan bantuan.. Tiada apa yg mampu difikir lagi oleh sahabatku ini, harinya dlalui dgn harapan dapat mlupakan segalanya..Lupakan suami, lupakan lelaki siber yg istimewa itu...

Bagai tersentak dari mimpi, sahabat siber mnghubungi, terasa ada getar dibalik msejnya....Adakah ?.......... Esoknya sahabatku mengambil keputusan utk pulang ke kampung suaminya.... Tak guna rasanya dibiarkan dirinya terus hanyut, masalahnya tidak akan hilang begitu sahaja... Sekembalinya ke kampung suaminya, diberitakan esok harinya hari pembacaan kes... Malam itu sahabatku berkurung dalam bilik mengenangkan nasib diri..... Malam itu segala persoalan mgenai sahabat siber, terungkai semuanya.... Sudah terlewat meluahkan perasaan, ada kecewa dirasakan dalam hati sahabatku ini.. Kecewa dengan ego seorang lelaki yg paling istimewa dalam hidupnya ketika itu... Mengapa harus disembunyikan rasa? Ia menambahkan lagi beban hati sahabatku...... Malang bertimpa-timpa yg datang..... Spatutnya luahan hati sahabat siber disambut penuh keriangan sahabatku ini, tapi rasa kekecewaan terhadap pengelakan lelaki siber tersebut sebelum ini, amat meruntunkan hati, apatah lagi dgn segala yg telah brlaku... Dugaan hebat apakah ini? Terasa tak dapat ditanggung lagi..........




Dunia

Duhai Dunia;
Pelbagai Rasa Penuh Cerita;
Semalam adalah Sejarah;
Hari Ini adalah Realiti;
Esok adalah Misteri....

Duhai Cinta;
Misteri Cinta;
Kita cuma perlukan sesaat
Untuk Jatuh Cinta;
Tapi kita perlukan seumur hidup
untuk Melupakan Cinta