Isnin, November 17, 2008

Cinta itu Buta

Lagi Kisah Sahabatku...

Cinta sahabatku pada suaminya sudah terkubur...
Adanya dia di sisi suaminya hanyalah sebagai sahabat yang menemankan sahabat lain yg dalam kesusahan.... Suaminya tidak dapat menerima kenyataan bahawa sahabatku ini ingin meminta kata putus... Terusan dipujuk isterinya, tapi kali ini hati sahabatku telah hancur, dia langsung tidak dapat menerima kembali suaminya itu... bukan kerana hatinya sudah terpaut yang lain, tetapi hatinya sudah tiada tempat untuk suaminya itu..... Hatinya telah hancur luluh, perasaannya telah mati, jiwanya telah kosong dan cintanya telah pergi......

Sudah termetri kasihnya pada lelaki siber itu.... Baru mewarnai cinta baru, bahana lain datang lagi....Suaminya tetap dengan keputusan tidak mahu melepaskannya... Aduh, beratnya dosa yang ditanggung.......... Rasanya sudah tak tercium bau syurga buat sahabatku itu.... Kata suaminya " Biar putih tulang, jangan putih mata...." maknanya sahabatku itu akan digantung tidak bertali...... Sedangkan perasaan nya pada lelaki siber itu sudah tidak dapat ditahan lagi.... sudah harum mekar subur di hati... Apatah lagi apabila dia juga meluahkan rasa yang sama.....
Adakah akan ada sinar bahagia menanti...?

1 ulasan:

  1. cinta itu ibarat air makin dicincang xkan putus, err...

    cinta itu perasaan x buta, kerana cinta tiada mata haha...

    BalasPadam