Rabu, November 19, 2008

NIBIRU


Korang pernah dengar pasal Nibiru tak?



Gi lah laman web ni, ( Open in New Window )....
http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=53030
Aku start topik ni kat Forum Putera.com, korg tgklah kalau nak tahu lebih lanjut....
( Dulu aku sgt aktif giler Forum Putera ni, pas tu ada sorg kawan ajak aku join game online, terus aku terjatuh cinta ......., dan jarang dah jenguk ke sana )


APA ITU NIBIRU?
- dikatakan adalah planet ke12 slps Pluto
- juga dikenali sbagai “Planet X”


MENGENAI NIBIRU
- Tamadun2 awal percaya ada satu planet misteri yg melintasi bumi, selang beribu-beribu tahun.
- Tamadun sumeria menamai planet ini sebagai planet NIBIRU. Tamadun sumeria (3400 BC) sudah mengetahui akan sistem suria yg ada pada kita sekarang, iaitu bumi adalah sebuah objek bulat yg mengelilingi matahari bersama2 dgn 10 bintang yg lain iaitu bulan, utarid, zuharah, marikh, musytari, zuhal, uranus, neptune, pluto dan yg terakhir sekali nibiru.

- Tamadun egypt pula memanggilnya dgn nama " PLANET BERJUTA TAHUN".
- Tamadun babylon pula menamakannya sebagai MARDUK, mengikut nama tuhan mereka.

- Catatan tamadun2 awal seperti tamadun sumeria menyatakan tempoh masa planet nibiru melintasi bumi utk mengelilingi matahari adalah pada setiap 3600 tahun, setengah pula adalah 10,500 tahun. agama hindu percaya tuhan2 mereka turun ke bumi dalam tahun keramat iaitu 432,000 BC

- Tamadun maya telah mencipta sebuah kalendar astrologi. ia adalah 5000 tahun calendar, di mana masanya akan berakhir pada dec 22, 2012 AD. ramai percaya ia adalah tarikh hari kiamat, iaitu hari turunnya malapetaka besar kpd manusia dan juga hidupan lain di bumi.


FAKTA NIBIRU (atau andaian?)
- Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi.
- Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053?
- Tahun 2012 mungkin merupakan detik di mana planet nibiru akan kembali melintasi lingkaran atau orbit bumi.
- Ada yang mengatakan planet ini 2 kali ganda lebih besar berbanding bumi. berdasarkan saiz ia pasti mempunyai jirim yang lebih besar dan kemungkinan mempunyai medan megnatik yang juga begitu besar. bulan yang suku saiznya dari bumi juga mampu untuk mempengaruhi keadaan pasang surut air laut inikan pula sebuah planet yang mempunyai saiz yang lebih besar dari bumi.


KESAN NIBIRU
- Lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.

- Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.

- Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.

- Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.

- Satu perkara yang menarik untuk difikirkan samada planet ini benar-benar wujud ialah mengenai dakwaan bahawa kerana planet ini menghampiri bumi maka akan berlaku beberapa perubahan cuaca yang merubah ekosistemnya. dikaitkan juga dengan banjir besar dan pemecahan glasier yang menyebabkan kawasan tanah rendah dibanjiri oleh air laut.


Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia?

ntah la.. mcm2 theory ada, ada pulak yg kata planet nibiru langsung tak wujud, ianya besar kemungkinan hanya satu propanganda.. Wallahu'alam.



1 ulasan:

  1. nibiru.... pelik2... baru sekarang aku tau ada nibiru... hehehe... x pernah dgr plak, baru baca kat putera tu... hihihi... ^_^

    BalasPadam