Isnin, November 17, 2008

Saat Hilangnya Cinta

Matahariku

Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.


Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.


Dengarlah matahari ku,
suara tangisan ku,
ku bersedih,
kar’na panah cinta menusuk jantung ku.
Ucapkan matahari ku,
puisi tentang hidup ku,
tentang ku,
yang tak mampu,
menaklukkan waktu.


KISAH SEORANG SAHABAT...

Sahabatku ini adalah seorang yang seumur hidupnya amat kukenali....

Kini sedang menanggung derita cinta yang penuh misteri..

Mendengarkan lagu Matahariku memilukan hatinya...

Dia pasrah dengan dugaan Tuhan yg tak henti melanda hidupnya...


Sahabatku ini seorang yg sangat setia pada cinta,saat hadirnya lelaki ini adalah ketika dia kecewa dengan teman sepersekolahan,maka apabila saat lelaki ini melafazkan cinta,akibat kekecewaan yg dirasakan sebelumnya,tanpa berfikir panjang dia terus menerima lamaran hati lelaki ini...

Baginya lebih mudah disayangi oleh orang daripada kita menyayangi orang yang tak tentu mengasihi kita...

Maka bermulalah episod cinta yang akhirnya menjadi sejarah yg tak terlupakan...

Biasalah bila cinta sudah menguasai diri, keburukan pasangan akan ditolak tepi...Walaupun ramai sahabat yg menasihatkan utk berfikir semula, tetapi sahabatku ini ternyata degil utk menurut kata hati.... Bahana cinta terus dihadapi... Walaupun Lelaki ini banyak melukakan hatinya, nampaknya dia terus memaafkan krana sayangnya dia kepada lelaki ini.. Nasihat orang langsung tidak dipedulikan... Dia lebih senang hidup dalam dunianya sendiri. baginya dunianya hanya ada dia dan lelaki itu...

Masa terus berlalu tanpa menoleh lagi... Segalanya berlaku dengan pantas tanpa sempat kita mengejar... Bagai dikejutkan dari mimpi, sahabatku ini menghadapi dugaan yang paling hebat dalam hidupnya.... Lalaki itu yang hampir 9 tahun dikahwini telah menamatkan episod cinta mereka dalam peristiwa yang paling tragis... Suaminya telah ditahan polis atas tuduhan XXX... Bagai hallilintar memanah jantungnya ketika mendengar berita ini... Tetapi sebagai seorang isteri, dia masih terfikir lagi utk terus berada disisi suaminya.., memberikan sokongan sebagai seorang sahabat kepada lelaki yg menghancurkan hatinya...tah aku pun tak paham perempuan ini bagaimana jiwanya....

Dalam keterpaksaan, sahabatku ini mengharungi hidup dalam kepiluan hati... Berbagai dugaan yg telah dihadapi sepanjang mengenali lelaki ini.... Adakah dia akn mampu terus berdiri di sampingnya?

Krisis rumahtangga sahabat aku ini bermula awal bulan Ogos yang lalu.... Pertengkaran mulut antara dia dan suaminya telah mengakibatakan pergaduhan besar antara keduanya.... Lelaki ini yang telah berjanji tidak akan menggangkat tangan pada isterinya lagi, kali ini telah menyakiti isterinya tanpa belas kasihan akibat menurut hasutan syaitan yang menguasai diri yang sedang marah.... Isterinya telah dipukul dengan batang penyapu rotan hingga memaksa ayah sahabatku ini masuk campur... maka disinlah bermulanya saat berakhirnya cinta sahabatku ini pada lelaki ini....

Keesokannya lelaki ini telah pulang ke kampungnya... Isterinya pula 3 hari tak dapat bangun dari tilam... Luka akibat pukulan masih bisa menguasai diri... melihatkan tangan yang berdarah, menambahkan lagi luka hatinya.... sahabatku ini pula cuba memenuhkan hidupnya dengan pelbagai aktiviti dalam dunia siber... akhirnya dia telah terjebak dalam dunia Siber... Di sini dia telah dapat membuatkan dirinya sibuk dan melupakan apa yang telah berlaku antara dia dan suaminya... Hampir 24 jam dia mengadap dunia Siber... Di sini dia telah mengenali seorang lelaki lain yang telah mengusik hatinya... Mereka berkawan rapat dan sahabatku ini dapat merasakan sesuatu yg lain dan istimewa pada lelaki itu... Hidupnya nyata lebih bererti dan ceria jika dapat berdampingan dengan lelaki itu... Sahabatku ini telah jatuh hati pada lelaki siber ini yg sentiasa setia menjadi teman penghibur hati yang duka.... Dia telah sekali lagi menempuh bahana cinta yang penuh misteri... Akibat kecewanya pada suami, telah memutikkan perasaan yang istimewa pada lelaki siber ini.. Dia ternyata tidak dapat lagi membendung perasaannya lantas sering merisik hati lelaki siber ini. Sahabat aku ini tertarik pada lelaki ini kerana keagungan cintanya kepada isterinya... Dia mula tersentuh, alangkah bahagianya isterinya itu mendapat cinta seagung ini... Ada nada harapan agar dia dapat dikasihi seperti itu.... Tapi dia hanya mampu bermimpi......

Hampir seminggu suaminya pulang ke kampung, akhirnya dia telah dihubungi... Seminggu berikutnya, mereka telah berbaik, walaupun hati sahabatku ini masih sakit... Tak lama lagi, sahabatku ini akan menyambut hari jadinya.. Besar harapan dia ingin menyambutnya dengan orang yang tersayang.... Sahabatku ini telah membelikan tiket bas beserta sedikit duit utk suaminya pulang sehari sebelum harijadinya... Sahabatku ini telah bertekad untuk menjernihkan hubungan dia dan suaminya dgn membayangkan keindahan cinta lelaki siber ini pada isterinya dapat dimiliki bersama dia dan suaminya juga.... Tetapi suaminya tidak pulang bagai yang telah dirancang.... katanya ada urusan yg belum selesai di sana..... Hampir dua bulan sahabatku telah ditinggalkan dan sahabatku ini terus sibuk dengan dunia sibernya.... Rasa istimewa pada lelaki itu tak dapat disorok lagi... Hampir setiap masa dia menunggu lelaki itu online... Tapi lelaki ini banyak menyakitkan hatinya.... Apa yang nak diharap pada dia tapi impian itu tetap ada..... Sahabatku ini telah dikuasai cinta siber..... Memang mudah hatinya terusik kerana kecewanya dia pada suaminya... Terpulang pada org yg menilai, tapi dia yang menangung....

Seminggu sebelum raya, suaminya pulang..... Hubungan mereka dingin akibat sahabatku ini masih berkecil hati dengan perbuatan suaminya terdahulu... Aktiviti siber terhad sedikit akibat tanggungjawabnya sebagai isteri... Kewajipannya tetap berjalan seperti biasa.... Suaminya bersuara ingin balik kampung lagi, kali ini, sahabatku langsung tidak menahan... Kalau ditahan, nanti suaminya akan menyimpan dendam dan akhirnya memberontak...Bimbang peristiwa pukul terjadi lagi akibat baran suaminya, sahabatku menurut... Kepemergian suaminya kali ini menyebabkan sahabatku kembali rancak dengan dunia siber, tentulah lelaki siber itu tempat dia mencurahkan masalah hidup yg dihadapinya.... Terdetik seketika lelaki itu juga mempunyai prasaan yg sama, tetapi bila ditanya, lelaki itu terusan mengelak dan mgambil masa rajuk berhari2... jadi sahabatku ini yakin sekali lelaki siber itu hanya mengganggapnya teman siber dan tak lebih dari itu... Apa yang berlaku antara mereka hanyalah episod2 dunia siber... Sahabatku ini akur, walaupun amat perit dirasakannya....

Sahabatku tidak menerima panggilan telefon dari suaminya sudah 3 malam.... tiba2 pagi k4 dia dikejutkan berita suaminya ditahan di lokap... Mendengarkan sebabnya, hancur luluh hati sahabatku ini... Esoknya dia bertolak ke kampung suaminya dgn perasaan kekecewaan yang amat sangat... Ibu mertuanya memujuk utk menjenguk suaminya, sahabat ku mnolak, tapi akhirnya pergi juga... Sebaik sahaja melangkah ke balai polis, hatinya menjadi sebak, tak sedar airmata tidak berhenti mengalir... Saat suaminya dibawa berjumpa mereka, sahabatku hanya berdiri dari jauh bersandarkan dinding.... rasanya mahu rebah ketika itu juga... Puas dipujuk, baru sahabatku mahu datang dekat, airmata tidak tertahan lagi...Betapa org yg sangat disayanginya sanggup melukakan hatinya seperti itu... Aduh, kejamnya dunia.... Suaminya meminta maaf, sedikit tidak terdetik dalam hati sahabatku utk bersuara.... Akhirnya, pelbagai usaha telah dilakukan utk membebaskan suaminya keluar, tapi tiada yang berhasil...

Di saat ketika itu, hati sahabatku ini mudah tersentuh... Sahabatku ini tidak dapat berfikir rasional lagi..Otaknya serabut dengan masalah... Kecewa dengan suami, frust dgn sahabat siber yg dirasakan tidak lagi dpedulikan... Tiba2 shabatku ini mgambil keputusan ntuk bjumpa kawannya di KL.. Tanpa berfikir panjang, dia telah pergi ke KL... tapi kawannya itu tidak dapat dihubungi.... Silap dia juga, ingat nak buat surprise pada kawannya, tapi dia sendiri yg surprised.... Semenjak sahabat siber menyepikan diri, sepanjang perjalanan ke kampung suaminya, ada rakan siber lain yg mngambil berat pada sahabatku ini.... Apabila sahabatku ini hilang arah tuju semasa di KL, kawan siber datang menghulurkan bantuan.. Tiada apa yg mampu difikir lagi oleh sahabatku ini, harinya dlalui dgn harapan dapat mlupakan segalanya..Lupakan suami, lupakan lelaki siber yg istimewa itu...

Bagai tersentak dari mimpi, sahabat siber mnghubungi, terasa ada getar dibalik msejnya....Adakah ?.......... Esoknya sahabatku mengambil keputusan utk pulang ke kampung suaminya.... Tak guna rasanya dibiarkan dirinya terus hanyut, masalahnya tidak akan hilang begitu sahaja... Sekembalinya ke kampung suaminya, diberitakan esok harinya hari pembacaan kes... Malam itu sahabatku berkurung dalam bilik mengenangkan nasib diri..... Malam itu segala persoalan mgenai sahabat siber, terungkai semuanya.... Sudah terlewat meluahkan perasaan, ada kecewa dirasakan dalam hati sahabatku ini.. Kecewa dengan ego seorang lelaki yg paling istimewa dalam hidupnya ketika itu... Mengapa harus disembunyikan rasa? Ia menambahkan lagi beban hati sahabatku...... Malang bertimpa-timpa yg datang..... Spatutnya luahan hati sahabat siber disambut penuh keriangan sahabatku ini, tapi rasa kekecewaan terhadap pengelakan lelaki siber tersebut sebelum ini, amat meruntunkan hati, apatah lagi dgn segala yg telah brlaku... Dugaan hebat apakah ini? Terasa tak dapat ditanggung lagi..........




2 ulasan:

  1. jika ianya satu hanyalan jadikan tauladan
    jika ianya satu realiti, bangun la hadapi dugaan

    BalasPadam