Isnin, November 17, 2008

PERIHAL WANITA



Luahan hati Sahabat aku lagi....


Dalam kemelut rumahtangga,
Tanpa duga, aku telah jatuh cinta......
Kurasakan kali ini nyata berbeza sekali.....

Mulanya aku dan dia hanya berkawan,
saling berteman dan membantu,
Setiap kali aku ada, dia pasti ada...
Bila dia tiada, aku sering merindu....
Biarpun tidak kukenali peribadinya,
Namun personalitinya telah menawan hatiku...

Biasalah pabila berkawan, banyak yg dikongsi...
aku banyak berkongsi masalah aku dgn dia..
Tapi ternyata dia insan misteri....
Aku banyak bercerita tentangku,
Tetapi dia terlalu berahsia tentang dirinya...
dan itu yg mencuit hatiku,
Makin dia sorok , makin aku nak tahu...
Akhirnya dia bercerita tntg sejarah hidupnya..
bagaimana dia mengkagumi seorg wanita,
betapa dia menyayangi wanita itu,
kemudian bagaimana dia berjaya menawan hatinya,
kemudian bercinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga
bersama cinta hatinya itu...
Aku pula kagum dgn perasaannya,
Jarang benar lelaki yg begini sifatnya,
Selalunya mereka akan merahsia kehidupan mereka sebolehnya,
Tapi tidak diri dia,
Terlihat sinar cinta yang indah buat isterinya,
Alangkah indahnya jika aku dicintai seperti itu..
Bermula dari situlah aku jatuh hati padanya..
Aku mengkagumi cintanya terhadp
isterinya yg tersayang....
Sepanjang aku mgenali dirinya,
Belum pernah sekali dia mmburukkan isterinya itu..
Bertambah lagi kagumku kepada dirinya...

Kurasakan dia insan teristimewa,
yg sering kurindui hadirnya mnemani,
Apabila dia tiada di sisi,
Aku gelisah mnantinya,
Gelora rindu makin mghukum,
Aku sedar aku telah jatuh hati,
Ingin ku pastikan hatinya padaku,
Kekadang kurasakan dia punya rasa yg sama,
Kekadang aku merasakan ia hanyalah perasaan ku saja..

Akhirnya prasaanku terjawab sudah,
Dia juga merasakan yg sama,
turut merindui dan mengasihi diriku..
Oh kurasakan bahagia seketika
Bila kasihku padanya terjawab sudah,
Getar yg dirasakannya sama
Kami terus menganyam rindu,
menganggankan suatu hari akan besatu..

Dia sentiasa bertemankan masalahku,
Sentiasa memberikan semanagt dan sokongan
utk aku tabah mnghadapi dugaan,
Betapa khadirannya sanagt bererti pada diriku,
Tiba2, tanpa diduga,
kebahagian seketika yg kami rasai,
diragut oleh pedihnya hati org lain....
Mgapa tidak cuba memahami
Bahawa kami saling mengasihi?
jangan pinta aku melupakan dirinya,
Dia sangat bermakna dalam hidupku...

Mengapa Tuhan takdirkan, dia yg ku cintai?
Sungguh aneh dugaan Tuhan....

Bagaimana mungkin mmiliki dirinya ?
bagaimana dapat ditahan, rindu yg datang bertandang?
Jangan rampas dia dariku,
Aku hanya ingin menumpang kasihnya,
Tapi hati wanita ini sudah terluka,
Pedih hatinya tidak tertanggung lagi..
Sebolehnya, aku tidak mahu melukakan kamu,
Cubalah fahami kasih kami,
Hadirnya aku dalam hidupnya,
Tidak akn mengurangkan kasihnya pada dirimu...
Cubalah kau letakkan dirimu
dalam situasi ku, bagaimana harus ditepis rasa ini?
Yang makin hebat menyeksa diri?


Jangan dipaksa dia buat pilihan,
Aku tak sanggup untuk dia memilih antara kita
Biarlah dia tetap ada kamu disisinya
dan aku juga,
Ruang hatinya terlalu luas utk kita,
tanamkanlah keyakinan pada dirimu,
Bahawa bukan aku berniat merampasmu darinya,
Aku hanya ingin menumpang kasihnya..
Susahnya ku pujuk hati yang terluka..
Kau bukan sahaja menyeksa hatiku,
juga menyeksa org yg kau sayangi..
Tiada salahnya hubungan kami,
Cubalah wanita, cubalah mengerti..
Pandanglah yang baik juga pada
perkara yang kau rasakan buruk,
Usah dinafikan yg telah ditentukan Tuhan...
Kita hanya menumpang di dunia ini,
Semua yg ada adalah milikNya,
Bukan hak kita utk menahan takdirnya,
Terimalah seadanya, biarpun ianya pahit bagimu,
Kelak ianya manis juga,
ganjaran yang kau dapat,
Bukan pada dunia, tapi di akhirat juga..

Duhai wanita,
Cubalah memahami soal hati,
bukan boleh dipaksa,
Aku tak peduli kata2 pedih yang kau lemparkan padaku,
Tuduhan2 yang kau lepaskan pada ku,
Sesungguhnya aku ikhlas menyayanginya,
Bukan hartanya yang ingin kukikis,
Bukan sayangmu yang ingin kurampas,
Aku hanya ingin hidup bersamanya..
Kau bertanya kalau aku di tempat mu
apa yang aku kan lakukan?
Demi Tuhan, aku akn menerima

Jika dia mampu dan boleh berlaku adil,
Dan aku pinta ko berada di tempat ku pula?
Bagaimana rasanya?

Cuba fikirkan dari mana datangnya rasa ini?
Bukankah dari Tuhan juga?
Dan bukankah ia sesuatu yg halal buat kami?
Dan bukankah ia sudah menjadi ketentuan Tuhan?

Kau melarang kami saling berhubungan,
tahukah olehmu kami tetap akan saling mengingati?
Cuba kau selami hati kami seketika,
Bagaimana rasanya menangung segala?
Siapa pun di antara kami
tidak berniat melukakan kamu,
tidak bermaksud menyakitimu,
Cubalah mengerti..
Perasaan hati yg saling ikhlas mengasihi.....
Bukan aku tak cuba utk melupakan dirinya,
Sudah berkali aku lakukan,
Tapi tetap tidak berdaya
kami saling merindui....
Itu sudah ternyata pasti..

Maafkan aku , wanita..
Melukakan mu sedemikian rupa,
Renungkanlah sejenak hasrat hatiku
Jika kau boleh menerimanya dengan baik,
Bukan sahaja hatimu akan tenang,
Kau juga dapat membahagiakan org yg kau sayang..
Usah difikirkan sakit hatimu dikhianati,
Jangan menambahkan duka sendiri,
Bukalah pintu hatimu
Pada hasrat hati kami ini
Kami sudah saling menyayangi,
Moga diizinkan kasih kami termatri...

Kasih kami terlarang
Kerana kau tidak mahu menerima,
Aku terima keputusan mu,
Tapi dia tetap berada dalam hatiku,
Takkan kau dapat menyingkir dia dari hatiku,
Aku akan sabar menanti selagi dayaku...
Agar suatu hari kasih kami dapat diabadikan,
Dengan restumu wanita,
Pandanglah dengan mata hati,
Terimalah kami saling menyayangi,
Sentiasa merindui
Dan menanti penuh harapan
Semoga kau dapat menerima kami,
Sebahagian dari kehidupanmu,
Kita mencari bahagia abadi,
Bukan bahagia dunia yg dinanti,
Tapi keindahan akhirat yg abadi..

Nukilan rasa dari hatiku.....
Maafkan aku kerana kau terluka parah,
Tanyalah hatimu,
Renungkan sejenak,
Cinta itu sesuatu yg suci,
Manusia yg selalu salah menafsirkannya....


Itulah luahan hati sahabatku,
Yang terperangkap dalam cinta terlarang...
Macam2 dunia ni...
Aduh, aku pun tak paham...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan