Ahad, Julai 31, 2011

Tips melupakan seseorang..

Cara terbaik untuk melupakan seseorang.

1.Jauhkan diri daripada jumpa dia
2.Jangan contact dia.
3.Delete nick dia from YM korang.
4.Hindarkan diri dari "lepak" dengan dia.
5.Tak yah laa dok cerita pasal dia 24 jam.Hal ini mungkin akan menggembirakan anda di saat anda bercerita tuu tapi kesan jangka panjang ialah, dengan mengingati dia , hati anda yg terluka itu akan bertambah dalam lukanya..
6.Kalau boleh delete Friendster dia skali agar profile dia tak muncul kat FS korang everytime dia update FS.
7.Fikirkan semua sifat-sifat buruk dia yang korang rasa tak worth pun untuk diminati
8.Stop thinking that he/she is sweet. Tak de sweet nye derrr orang yang tak nampak keistimewaan kita kan.....
9.Ingat...hanya sayang orang yang sayang kita sahaja.
10.Berusaha untuk buang terus dia dari ingatan.
11.Tak yah laa nak "berkawan" dengan dia dengan harapan dia akan merubah fikiran.Kalau boleh lupakan dia terus dan anggap je dia dah mati.
12.Tumpukan perhatian kepada life anda.
13.Anggap sahaja bukan anda yg bermasalah tapi dia.
14.Tok sah laa letak org yg tinggalkan kita or treat kita cam sampah sebagai ratu/putera hati kita.Pertama,orang yg lukakan kita tak layak punmendapat tmpt yg istimewa dalam hati kita.Kedua,kalau anda tak buang org tu dari hati korang,korang akan terlepas cinta lain yang mungkin lebih hebat daripada ex korang yang sah2 tak sayangkan korang tu.
15.Akhir sekali tabahkan hati dan sentiasa ingat mana2 lelaki/perempuan pun bertuah memilih anda sebagai teman hidup kerana anda adalah seorang yang tabah menempuh dugaan hidup dan tidak gentar dan tidak bosan hidup secara solo.Malah anda sentiasa happy solo atau berpasangan.......Anda seorang yang kreatif.Anda mampu mencipta kegembiraan seorang.Tambahan pula, sikap anda yang matang dan optimistic itu mampu menarik perhatian pasangan yg lebih menghormati dan menyayagi anda.Siapa yang tidak kagum dengan orang yang pernah jatuh berkali-kali,tetapi mampu bangun semula dari setiap kegagalannya dan hidup seperti biasa secara normal.....

( Taken From : http://azmawahidaalias.blogspot.com/2007/11/tips-melupakan-seseorang.html )

Bleh ke aku wat nih........... ???

2 ulasan:

  1. Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.

    - Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
    - Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
    - Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
    - Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
    - Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
    - Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
    - Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
    - Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
    - Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
    - Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.

    BalasPadam
  2. Bagaimana nak melupakan cinta yang telah pergi…?

    Apakah cara yang anda gunakan untuk melupakan bekas kekasih anda? Membuang semua pemberiannya dan segala memori tentang dia? Adakah dengan cara itu anda semakin dapat melupakannya atau semakin mengingatinya? Saya yakin jawapan anda mesti sampai sekarang anda masih tidak dapat melupakan si dia bukan…

    Menurut Dr. Azhar, perunding emosi Soul Axis Management cara untuk melupakan bekas kekasih anda ialah jangan cuba melupakannya. Selagi anda masih cuba menghilangkan ingatan terhadap bekas kekasih sebenarnya semakin anda memikirkannya. Apabila anda asyik memikirkan perkara itu secara tidak langsung ia hanya menambahkan kekuatan ingatan kepadanya.

    Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Pada saya biarlah masa merawat segala-galanya. Tidak guna terus menangisi kehilangan si dia tapi tidak bermakna kita tidak dibenarkan untuk menangis bila setiap kali hati kita rasa dirobek-robek dek kerana rindu yang teramat sangat pada dia. Biarlah sesekali air mata membasahi pipi agar berkurangan rasa rindu di dada. Jangan sesekali merasa putus asa untuk bercinta lagi. Jangan menjauhi cinta, jangan menghalang cinta mendekati diri kita semula. Percayalah apabila kita dicintai kita akan lebih mudah untuk melupakan si dia.

    BalasPadam